|
Peluang mendidik anak sekali sahaja. Maka
manfaatkan kesempatan itu sepenuhnya”
(Petikan Dr. Shukri Abdullah, Buku Sentuhan Ibubapa, 2008)
Anak bukan sahaja satu anugerah, tetapi juga satu amanah
dari Maha Pencipta. Keriangan yang diperolehi oleh ibu bapa apabila
dikurniakan cahaya mata sebenarnya membawa bersamanya satu tanggung
jawab besar dalam mendidik anak tersebut menjadi insan yang berguna.
Seminar ini dapat membantu ibu bapa melaksanakan amanah berkenaan dengan
lebih berkesan. Namun, oleh kerana tempoh pengendalian seminar yang
terbatas (satu hari sahaja) dan dalam usaha mengupas sesuatu perkara
dengan lebih jelas dan mendalam agar dapat diamalkan dengan mudah, maka
fokus kita lebih terarah kepada, walaupun bukan sepenuh- nya, kepada
usaha membantu anak agar cemerlang dalam bidang pelajaran – hatta tema
kecil seminar ialah “membantu menyerlahkan potensi anak”
Ada
empat keistimewaan SMAC:
1. Sebahagian dari bahan Seminar adalah berdasarkan temuramah Dr. Shukri
Abdullah dan isteri ke atas ibubapa Malaysian Top Students. Dalam usaha
menulis buku mengenai pengalaman ibubapa membimbing anak cemerlang, kami
juga berpendapat elok jika ia dikongsi terus dengan ibubapa dalam
seminar. Di antara yang telah ditemuramah termasuk ibu Nor Amalina -
Johor, (17A1), ibubapa Azali - Kedah, (21A), ibubapa Nadiah Amirah -
Johor (18A), ibubapa Siti Fatimah-Kelantan (18A), ibubapa Nik Nur
Madihah - Kelantan (20A), ibubapa Quek Khai Ren - Pahang (16A1), ibubapa
Norlaila Najwa - Johor (16A1), ibubapa pelajar kembar Iman dan Aiman -
Kedah (kedua-dua 11A1) serta ibubapa Muneswaran - Kedah (15A1). Kami
juga berkesempatan menemurumah Pak Sulaiman Saipin dan Isteri, Wak Esah,
sepasang penoreh getah dari Kuala Ketil Ketil yang mempunyai 17 orang
anak dan 14 daripadanya adalah graduan universiti.
2. Salah seorang ibubapa pelajar berkenaan, iaitu ibubapa Nik Nur
Madihah (Kelantan, SPM 2008 20A) iaitu Pak Nik Kamal dan Puan Maryani
sendiri akan hadir bersama dalam seminar dan turut berkongsi secara
terus dengan peserta. Selain mendengar huraian mereka, peserta boleh
bersoal-jawab untuk mencungkil rahsia bagaimana mereka mendidik menjadi
salah seorang pelajar terhebat negara walaupun mereka sendiri adalah
keluarga miskin.
3. Oleh kerana beliau bersama saya sepanjang kami menjelajah ke seluruh
negara menemura- mah ibubapa cemerlang tadi, isteri saya sendiri, Puan
Khadijah Zakaria akan turut membantu saya mengendalikan Seminar ini.
Sekurang-kurangnya beliau boleh memberi perspektif dari kacamata seorang
ibu dengan lebih tepat.
4. Buat pertama kalinya, saya dan Pn. Khadijah juga akan mencerita
pengalaman kami men- didik dan membimbing 10 orang anak kami. Sekadar
makluman anak pertama (lelaki) adalah graduan Universiti Malaya (kini
bertugas sebagai fasilitator bersekutu dengan Amalan Belajar Sdn Bhd,
part-time official photographer untuk MAS charter flight dan usahawan
e-learning). Anak kedua (perempuan) pula mendapat ijazah pertama (B.Eng)
dari USM dan kedua (M.Eng) dari Curtin University, Perth Australia dan
kini sedang belajar di peringkat Ph.D (University of Cambridge / USM).
Beliau akan bertugas sebagai pensyarah di USM sementara anak ketiga (perempuan)
juga seorang pensyarah di Univ Teknologi Petronas. Beliau memperolehi
ijazah pertama dari UTM (B.Sc) dan kedua dari George Washington
Universiti, Washington USA. Yang keempat (lelaki) pula bertugas sebagai
engineer dan mendapat ijazah dari Plymouth University (B.Eng). Anak
kelima (perempuan) sedang menghabiskan M.Sc di Massey Universiti, New
Zealand. Beliau yang memperolehi ijazah pertama dari UMS (Sabah) akan
kembali ke Malaysia untuk bertugas di UPM setelah selesai pengajian Ph.D
nya nanti. Anak yang keenam (perempuan), ketujuh (lelaki) dan kelapan (perempuan)
sedang belajar di peringkat diploma di IPT tempatan manakala anak
kesembilan (lelaki) dan kesepuluh (perempuan) masih bersekolah di Maktab
Mahmud (cawangan Yan) di Tingkatan 1 dan 2. Pengalaman ini dapat kami
kongsi bersama dengan para peserta bagi memantapkan lagi pembentangan
dalam seminar ini nanti
|